Terjemahan Joomla 3.x Bahasa Melayu

Post Reply
User avatar
mudotmy
Joomla! Explorer
Joomla! Explorer
Posts: 302
Joined: Fri Feb 20, 2009 1:03 pm
Location: Malaysia
Contact:

Terjemahan Joomla 3.x Bahasa Melayu

Post by mudotmy » Thu Oct 03, 2013 10:29 am

Joomla! 3.1.5 kini boleh didapati bersama pek bahasa melayu. Kami berusaha untuk membantu pengguna Joomla! untuk memudahkan mereka menggunakan aplikasi sumber terbuka ini. Walaupun penghasilan pek ini mengambil masa yang panjang tetapi hasilnya ini dapat membantu anda dalam mempercepat dan mempermudahkan kerja anda.

Pek ini boleh dimuat turun melalui laman pentadbiran Joomla! anda.
Anda hanya perlu pergi ke laman pentadbir -> Extensions -> Language Manager -> Install Languages. Kemudian lakukan carian “Malay” untuk mendapatkan pek Bahasa Melayu. Pek ini juga merangkumi laman hadapan dan laman pentadbiran. Kini urusan anda menjadi lebih mudah kerana ia didatangkan di dalam bahasa yang mudah anda fahami.

Selain itu, perantaraan bahasa melayu di dalam pemasangan Joomla! versi ini juga telah ditambah. Ini akan memudahkan anda memahami dengan lebih jelas segala penerangan di dalam proses pemasangan Joomla!.

Versi Joomla! 3.2.0 akan menemui anda tidak lama lagi. Proses penyediaan bagi pek tersebut telah pun siap dan kini menunggu pihak Joomla! untuk menerbitkan versi tersebut.

Kepada pengguna Joomla! Malaysia di luar sana yang ingin menyumbangkan sebagai pengalih bahasa, anda berbuat demikian di laman sesawang rasmi di http://www.joomla.org.my.
Kami mengalu-alukan sokongan anda ke arah penghasilan penterjemahan yang lebih berkualiti.
Pek bahasa ini akan terus ditambah baik dari masa ke semasa. Sila pastikan anda mempunyai versi yang terkini.

User avatar
mudotmy
Joomla! Explorer
Joomla! Explorer
Posts: 302
Joined: Fri Feb 20, 2009 1:03 pm
Location: Malaysia
Contact:

Re: Terjemahan Joomla 3.x Bahasa Melayu

Post by mudotmy » Mon Feb 10, 2014 4:13 am

Pek Bahasa 3.2.2.1 dikemaskini

petrosal
Joomla! Apprentice
Joomla! Apprentice
Posts: 15
Joined: Sat May 11, 2013 12:46 pm

Re: Terjemahan Joomla 3.x Bahasa Melayu

Post by petrosal » Thu Mar 13, 2014 12:38 am

Terima kasih
Soalan saya ialah bagaimana saya boleh memuat turun pakej ini Malay
Dan saya mengubahsuainya?

User avatar
mudotmy
Joomla! Explorer
Joomla! Explorer
Posts: 302
Joined: Fri Feb 20, 2009 1:03 pm
Location: Malaysia
Contact:

Re: Terjemahan Joomla 3.x Bahasa Melayu

Post by mudotmy » Thu Mar 13, 2014 12:50 am

Link untuk muat turun terdapat di
http://joomla.org.my/

Anda boleh mengubahsuai kandungannya dalam
/languages/ms-MY/

Tetapi setiap kali bahasa dikemaskini (update) perubahan yang dibuat akan hilang. Oleh itu, jika ada perubahan yang terbaik, sila kemukakan disini untuk perubahan.

Anda juga boleh gunakan language overrides dalam Joomla!
Dengan cara ini perubahan tidak akan hilang apabila dikemaskini.


Post Reply

Return to “Malaysian Forum”