Page 1 of 1

Pek Bahasa Melayu versi 3.1.5.3

Posted: Thu Oct 10, 2013 2:14 pm
by mudotmy
Kemaskini dan pembetulan..
Sila kemaskini pek bahasa Melayu anda melalui panel kawalan Joomla!

Code: Select all

Pek Bahasa Melayu versi 3.1.5.3 telah dikemaskini dengan pembetulan di bahagian Pentadbiran dan juga Laman hadapan. Masih terdapat beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris yang perlu diterjemahkan.

Selain itu, terdapat beberapa terma yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan pemahaman terma-terma teknikal yang digunakan.

Pek bahasa ini juga telah diperiksa dan tiada kesilapan dari segi string, bilangan fail dan line number dibandingkan dengan pek bahasa asal en-GB.

Pek bahasa versi 3.1.5.4 akan dikeluarkan pada minggu hadapan dengan lebih banyak penambahbaikan.

Untuk kemaskini pek bahasa atau memasang pek bahasa Melayu, anda boleh berbuat demikian terus dari laman pentadbir (Extensions Manager=>Install Languages).

Re: Pek Bahasa Melayu versi 3.1.5.3

Posted: Mon Aug 10, 2015 2:12 am
by kunjok
Jika kita hendak update pek bahasa Melayu ke versi terkini, perlukah versi lama di uninstall terlebih dahulu? Terima kasih

Re: Pek Bahasa Melayu versi 3.1.5.3

Posted: Mon Aug 10, 2015 3:16 am
by mudotmy
kunjok wrote:Jika kita hendak update pek bahasa Melayu ke versi terkini, perlukah versi lama di uninstall terlebih dahulu? Terima kasih
Sekiranya gunakan pek bahasa dari Joomla yang dikendalikan oleh saya, update tu terus dari Joomla Updates (auto updater).
Sekiranya pek bahasa bukan dari Joomla, perlu uninstall instlall dari "Install Languages" di Extension Manager.