Page 1 of 1

Pengurusan Form/Borang (maklumbalas pelanggan)

Posted: Tue Aug 04, 2015 7:54 am
by kunjok
Situasi saya adalah seperti ini:

saya ingin menyediakan satu borang yang ringkas (maklumbalas pelanggan) dengan medan seperti berikut:
- nama (text)
- email (email)
- jenis maklumbalas (pilihan: cth: komen website, pertanyaan am, lain-lain)
- Maklumbalas (multitext)

selepas pengguna mengisi borang dan tekan butang hantar, maklumat ini akan dihantar ke email penerima berdasarkan kategori (lebih daripada satu email)

contohnya mungkin kategori "komen website" ada dua atau tiga orang webmaster yang perlu melihat komen tersebut.

persoalannya bagaimana untuk membuat agar maklumat ini dapat dihantar ke email mengikut kategori (jenis maklumbalas)? atau apakah plugins/componen yang sesuai untuk tugas ini?

Mohon bantuan dari pakar2 joomla di sini--

Terima kasih atas bantuan yg diberi

Re: Pengurusan Form/Borang (maklumbalas pelanggan)

Posted: Mon May 09, 2016 12:22 pm
by Matt Bourne
boleh guna form maker extension dari joomlashine uniform

guna field Recipient Email

Image

Source Credit