[README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Moderator: mudotmy

Locked
User avatar
skyjuice
Joomla! Guru
Joomla! Guru
Posts: 672
Joined: Sun Nov 20, 2005 10:58 am
Location: Malaysia
Contact:

[README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by skyjuice » Tue Sep 05, 2006 6:27 am

Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Objektif peraturan dan polisi Forum  ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga Joomla Malaysia dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik.

A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja

Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Tajuk seperti “tolonglah aku…”, “aku nak carik kerja…”, “hmmm…” dan lain-lain yang bersamaan adalah ditegah. Tolong cari tajuk yang bersesuaian.

Apabila anda ingin membuka topik sila masukkan masalah anda berkaitan dengan tag permulaan seperti dibawah
[Administrator] Apa Masalah Anda ?
[Component] Apa Masalah Anda ?
[Module] Apa Masalah Anda?
[Mambot] Apa Masalah Anda?
[Template] Apa Masalah Anda?
[Terjemahan] Apa Masalah Anda?
[Info] Apa Masalah Anda?
[Security] Apa Masalah Anda?
[Converting] Apa Masalah Anda?
[Lain-lain] Apa Masalah Anda?

*akan dimasukkan lagi jika bersesuaian


Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru yang hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Joomla , Open Source atau Komputer sahaja

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang.

Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang.

Topik yang mengandungi bahan daripada forwarded email adalah tidak digalakkan.

Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.

Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam forum Joomla.org bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali. Caranya, klik pada link Search atau buka url berikut: http://forum.joomla.org/index.php?actio ... h;advanced

B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di semua forum

Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi similies sahaja adalah ditegah. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.


C. Etika dan Tatasusila

Setiap pengguna adalah tertakluk kepada peraturan yang dinyatakan oleh Administrator Joomla.org

http://forum.joomla.org/index.php/topic,65.0.html

. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati.

Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan.

Provokasi di antara ahli juga ditegah.


D. Soalan2 Lazim Forum
Sila baca permasalahan mengenai forum di sini:
http://forum.joomla.org/index.php/board,49.0.html


E. signature

    *  Boleh di setup di dalam profile anda (link up the top right, next to WAP) ,
    * Tidak boleh mempunyai GAMBAR.
    * Tidak boleh mempunyai barangan , produk atau apa sahaja yang boleh mendatangkan keuntungan.
    * Boleh mempunyai hanya 2 icon smilies atau 1 animasi icon smilies
    * Boleh mempunyai hanya 2 link URL's atau mailto: - x boleh mempunyai link yang sama
    * Only exact URLs allowed ie not LOOK HERE - No tiny url etc either, only exact, literal URLs
    * Boleh masukkan hanya 2 warna sahaja. Warna  Hyperlink adalah di set oleh forum tidak dikira sebagai warna
    * Maximum font size cannot be larger than normal.
    * Hanya 4 perenggan dibenarkan dalam satu signature (1024 resolution).
    * Tidak boleh mempunyai link ke topik atau post  untuk tujuan promosi
    * signature anda adalah hakmilik anda tapi tidak boleh disewakan atau dijual bagi mendapat keuntungan
    * Tidak dibenarkan meletakkan signature menghina atau mempunyai niat bagi menjatuhkan reputasi seseorang
    * Para moderator dan admin berhak menyuruh anda atau menukar signature anda

F. Bahasa
Seboleh-bolehnya gunakan bahasa malaysia tetapi jika tidak mempunyai pilihan pengguna bahasa Inggeris adalah dibenarkan


G. Penyalahgunaan atau abuse
Laporkan sebarang penyalahgunaan di dalam forum menggunakan function Report to Moderator

Akhir kata, jika kita masuk rumah orang hendaklah kita hormati tuan rumah dan ahli rumah. Hatta tuan rumah itu kawan baik kita sekali. Setiap rumah mempunyai peraturan atau tatacara tersendiri yang mungkin berlainan dari rumah anda.



**Topik ini akan di kemaskini dari masa ke semasa
***Sesiapa yang ada cadangan sila post di sini
Last edited by Fuqaha on Sat Feb 10, 2007 12:13 pm, edited 1 time in total.
- Time is a created thing. To say, "I don't have time" is like saying "I don't want to." - Lao-Tzu

MasterScript
Joomla! Explorer
Joomla! Explorer
Posts: 278
Joined: Tue Sep 06, 2005 2:42 pm
Location: Malaysia
Contact:

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by MasterScript » Fri Sep 08, 2006 6:06 am

skyjuice, aku fikir kita tambah satu lagi iaitu [Terjemahan]. Saya lihat ada ahli sembang tentang terjemahan. Thanks, Good Job brother.
RentakFM Radio Station
http://www.rentak.fm

ira_serenity
Joomla! Apprentice
Joomla! Apprentice
Posts: 7
Joined: Thu Mar 15, 2007 6:38 am
Contact:

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by ira_serenity » Sun Mar 18, 2007 2:19 am

saya orang baru kat sini...kalu ader salah paper tuh...mintak maaf lah yea... :D
satukan hati untuk hidup yang lebih baik
http://www.anthealthzone.com

abima
Joomla! Fledgling
Joomla! Fledgling
Posts: 3
Joined: Mon Mar 19, 2007 9:30 am

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by abima » Mon Mar 19, 2007 9:40 am

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam perkenalan.. sori guna thread ni cos tak jumpa fhread nak perkenalkan diri. ke ada orang boleh tuju kat mane nak kenalkan diri????

User avatar
Fuqaha
Joomla! Ace
Joomla! Ace
Posts: 1211
Joined: Fri Jan 13, 2006 3:58 pm
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Contact:

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by Fuqaha » Mon Mar 19, 2007 10:47 am

Welcome to our community!

Here is the exact thread.

http://forum.joomla.org/index.php/topic ... .html  :laugh:

abima
Joomla! Fledgling
Joomla! Fledgling
Posts: 3
Joined: Mon Mar 19, 2007 9:30 am

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by abima » Mon Mar 19, 2007 1:43 pm

Fuqaha wrote: Welcome to our community!

Here is the exact thread.

http://forum.joomla.org/index.php/topic ... .html  :laugh:
thanks.

fj
Joomla! Fledgling
Joomla! Fledgling
Posts: 3
Joined: Mon Dec 10, 2007 3:42 am

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by fj » Thu Jan 03, 2008 8:55 am

Nak tanya, bolehkah kita post sebarang iklan di sini?
Walaupun iklan yang dipost di sini tidak relevant dengan Joomla! ?

User avatar
skyjuice
Joomla! Guru
Joomla! Guru
Posts: 672
Joined: Sun Nov 20, 2005 10:58 am
Location: Malaysia
Contact:

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by skyjuice » Thu Jan 03, 2008 9:20 am

Kalau ia berkaitan buat duit dengan cepat guna forex , skim cepat kaya, mlm rasanya di sini di haramkan

tapi kalau setakat hosting dan kemudahan yang ada kaitan sipi2 dengan joomla akan dibolehkan.
- Time is a created thing. To say, "I don't have time" is like saying "I don't want to." - Lao-Tzu

User avatar
shaifful
Joomla! Guru
Joomla! Guru
Posts: 548
Joined: Mon Aug 22, 2005 7:08 am
Location: Kuantan
Contact:

Re: [README] Peraturan dan Polisi Forum Joomla Malaysia

Post by shaifful » Sat Jan 05, 2008 11:43 am

Banyak lagi tempat nak mengiklan, jangan buruk kan nama rakyat kita kat Joomla.org nih.
Buat malu bangsa jer.. kalau bagi sumbangan takpe lah..

Ok. Bukan marah... tapi sakit hati bila ada yang x reti bahasa..
http://www.joomla-my.org :: Joomla! Malaysian Community :: Malaysia Joomla User Group!
http://www.joomlamalaysia.info


Locked

Return to “Malaysian Forum”